Semakan Status STR Fasa 2: MySTR bantuantunai.hasil.gov.my

Semakan Status Terkini Pembayaran STR Fasa 2

Sukacitanya Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan mula disalurkan secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu) yang akan memanfaatkan seramai 8.7 juta golongan B40. 

Menurut Kementerian Kewangan,  pembayaran STR Fasa 2 membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM1.26 bilion itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

Berasaskan Konsep Payung Rahmah, Kerajaan telah menjenamakan semula program Bantuan Tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 

Bulan lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya pembayaran STR Fasa 2 diagihkan awal bulan ini sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.

Cara Semakan Status Pembayaran STR Fasa 2

Semakan status STR fasa 2 boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 2
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR fasa 2, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Status terkini Semakan STR
Buat masa ini semakan status masih lagi Fasa 1

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Lupa kata laluan

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. 

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Kelayakan Penerima STR Fasa 2

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima STR fasa 1 yang lulus sebelum ini.

Tarikh Bayaran

Untuk fasa 2, tarikh pembayaran adalah secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu) hingga selesai (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).

Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR  mendaftar akaun melalui BSN dalam permohonan bantuan mereka. 

BSN Dah masuk Kategori Isi Rumah RM200
BSN Dah Masuk BTR Fasa 2 Kategori Bujang

Sementara ini, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023 (RABU).

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 BSN

Jumlah dan Kadar Bayaran STR Fasa 2

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan, 3 kategori yang layak menerima bayaran STR Fasa 2 iaitu;

  • Isi Rumah = RM200
  • Warga Emas Tiada Pasangan = RM100
  • Bujang = RM100
Kategori dan kadar STR Fasa 2

Secara keseluruhannya, pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat.

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 5 April 2023.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. 

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.

Kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia

8.7 JUTA GOLONGAN B40 AKAN MENERIMA STR FASA 2 BERNILAI RM1.26 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 5 APRIL 2023

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

Pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu) seperti berikut:

Kategori
Penerima
Jumlah
Penerima
Kadar STR
Fasa 2
Implikasi
Kewangan
(RM)
Isi Rumah 4.0 juta RM200 0.80 Billion
Warga Emas
Tiada Pasangan
1.2 juta RM100 0.11 Billion
Bujang 3.5 juta RM100 0.35 Billion
JUMLAH 8.7 juta 1.26 Billion

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BS) mulai 5 April 2023.

Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun in dengan mengambil kira permohonan baharu/kemas kini STR yang diterima semasa tempo permohonan dan pengemaskinian.

Sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023. Maklumat lanjut berkaitan pembayaran in boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui patan https://ift.tt/KOWe0Rn.

Kementerian Kewangan Malaysia

Putrajaya

3 April 2023

  • Siaran Media STR Fasa 2_01
  • Siaran Media STR Fasa 2_02

FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status STR Fasa 2

Bilakah Tarikh Semakan Status Pembayaran STR Fasa 2 Boleh Dibuat?

Mulai 5 April 2023 (Rabu)

Bagaimana Cara Semakan Semakan Secara Online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Pembayaran STR Fasa 2?

Mulai 5 April 2023 secara berperingkat

Bila tarikh bayaran secara tunai untuk penerima yang tiada akaun?

Mulai 5 April juga  di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia

The post Semakan Status STR Fasa 2: MySTR bantuantunai.hasil.gov.my appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar