Boost eBelia Rahmah: Cara Tebus dan Guna Kredit eWallet RM200

Terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eBelia Rahmah iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Bagi ketiga-tiga perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan kelebihan seperti baucar, ganjaran mata, coin dan lain-lain selain daripada menerima edompet bernilai RM200.

Bagi syarikat Boost, sudah pasti juga menawarkan beberapa kelebihan dalam usaha memanfaatkan golongan belia dan mahasiswa menggunakan aplikasi eWallet melalui program eBelia Rahmah 2023.

Apakah Inisiatif eBelia Rahmah?

  • Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
  • Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. 

Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan eBelia Rahmah RM200

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang mencapai umur 18-20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 – 2005)

ATAU

  1. Pelajar sepenuh masa warganegara Malaysia di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar
  2. Sudah membuat pengesahan akaun Boost
Syarat Kelayakan Boost eBelia Rahmah

Cara Mengesahkan Akaun BOOST

Bagi yang belum mempunyai aplikasi BOOST perlu muat turun  dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;

Anda boleh masukkan kod berikut sekiranya ingin mendapat tambahan RM10.00 ketika mendaftar;

  •  bas4y8gc

Pihak Boost akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Ikut arahan selanjutnya.

Cara Tuntut eBelia Rahmah Anda Dengan Boost

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk tuntut;

  • Langkah 1 - Tuntutan Boost ebelia
  • Langkah 2 - Tuntutan Boost ebelia
  • Langkah 3 - Tuntutan Boost ebelia
  • Langkah 4 - Tuntutan Boost ebelia
  • Langkah 5 - Tuntutan Boost ebelia

Langkah 1 – Tuju ke “eBeliaRahmah for Youths” Klik pada banner untuk ke halaman eBeliaRahmah.

Langkah 2- Mulakan Tuntutan dengan Klik pada butang “eBeliaRahmah”

Langkah 3 – Lengkapkan butiran pihak yang menuntut – Lengkapkan butiran yang disenaraikan bagi permohonan tuntutan anda. Ketahui lebih lanjut dengan melawati halaman FAQ.

Langkah 4 – Hantarkan Tuntutan Anda – Isikan informasi yang diperlukan pada portal rasmi eBeliaRahmah dan hantarkan tuntutan anda untuk pengesahan.

Langkah 5 – Tahniah! Tuntutan Anda Telah Berjaya! – Anda akan dimaklumkan melalui aplikasi Boost mengenai status tuntutan anda. Setelah berjaya, segala ganjaran akan diberikan ke dalam aplikasi untuk anda nikmati.

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eBelia Rahmah RM200 BOOST?

Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:.

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Kelebihan Tuntutan Melalui  BOOST

BOOST menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut antaranya ialah ganjaran PERCUMA daripada rakan niaga mereka.

Claim cepat, boleh save sampai RM600! Dapatkan ganjaran EXTRA PERCUMA daripada rakan niaga mereka dengan tuntutan eBeliaRahmah anda.

Info dan Maklumat Lanjut 

Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut dan ganjaran terkini yang ditawarkan;

Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:

Berikut juga merupakan beberapa soalan lazim mengenai eBelia Rahmah

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak?

Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.
 
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?

Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
 
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM200 eBeliaRahmah?

 Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.

Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?

Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.

Mengapa permohonan saya lambat diluluskan?

 Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi.
 
Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
a.     Boost: https://ift.tt/f3rj9Mw
b.     Setel: https://help.setel.com/
c. Touch ‘n Go eWallet: https://ift.tt/RJud83A

Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?

 Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?

 Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.

Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian?

 Inisiatif eBelia Rahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal.
 
Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.
 
Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.

The post Boost eBelia Rahmah: Cara Tebus dan Guna Kredit eWallet RM200  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar