Semakan Status STR 2023 login MySTR bantuantunai.hasil.gov.my

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh membuat semakan status kelulusan melalui portal baharu MySTR yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 3

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
    Semakan Pembayaran Fasa 3; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Semakan Maklumat Bayaran STR Fasa 3

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Untuk makuman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM. 

Surat Bayaran Penerima STR

Penerima yang layak, akan menerima notis melalui surat Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang boleh disemak melalui portal MySTR.

Cara-caranya dalah sebagaimana berikut;

  1. Log masuk MySTR melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  2. Klik pada icon (simbol) surat 
  3. Klik Surat
  4. Klik Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Anda akan di paparkan surat bayaran penerima STR seperti contoh di bawah;

Surat Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1
surat bayaran fasa 3 akan dikemaskini selepas ini

Kelayakan Penerima STR Fasa 3

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada pemohon atau penerima yang lulus melalui semakan di portal MySTR.

Jadual Pembayaran Mengikut Fasa

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.

  • Januari 2023 – Fasa 1 (telah dibayar)
  • April 2023 – Fasa 2 (sedang dibayar)
  • Julai 2023 (diawalkan sebelum Raya Haji) – Fasa 3
  • November 2023 – Fasa 4

Jadual di bawah menerangkan secara terperinci pembayaran STR mengikut fasa.

JADUAL PEMBAYARAN STR 2023
{Terkini] Bayaran fasa 3 diawalkan sebelum Hari Raya Aidiladha

Tarikh Pembayaran Fasa 3 STR

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Jun 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;

“Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3, yang melebihi 2 billion ringgit, bilangan penerima 8 juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji (Aidiladha) InsyaAllah”

-Perdana Menteri-

Untuk makluman, tarikh hari raya Aidiladha dijangka jatuh pada 29 Jun 2023 (Khamis). Oleh yang demikian bayaran mungkin akan dibuat seminggu sebelum itu antara 19 – 23 Jun 2023.

Dalam, pihak Maybank dan Bank Islam turut menjangkakan tarikh yang sama pembayaran bagi fasa 3 ini.

Jawapan dari pihak Maybank bayaran str fasa 3.
Jawapan dari pihak Bank Islam bayaran str fasa 3

Jadual & Jumlah Pembayaran STR Fasa 3

Terdapat 3 kategori penerima bagi fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) iaitu;

  • Isi rumah
    • Kahwin
    • Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
  • Warga emas bujang / tiada pasangan 
  • Bujang

Bagi STR fasa 3 ini jumlah pembayaran adalah sebagaimana berikut;

Jadual STR Fasa 3 (Kementerian Kewangan)

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM150

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM150

Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

Cara Bayaran

Setelah pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Pembayaran terakhir (sebelum ini) adalah secara tunai 
  • Status pengkreditan gagal kredit
  • Tiada maklumat akaun bank.

Sumber: Laman Portal MySTR

FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status STR 2023

Bagaimana Cara Semakan Status STR?

1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3. Menghubungi LHDM
4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Bilakah Tarikh Bayaran STR Fasa 3?

Sebelum Hari Raya Aidiladha

Bilakah Tarikh Bayaran Secara Tunai Untuk Yang Tiada Akaun Bank?

Akan diumumkan

Siapakah yang layak menerima pembayaran pada STR Fasa 3?

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.

Saya baru buat permohonan baharu pada bulan Mac lepas? adakah saya dapat fasa 3 ini?

Dapat sekiranya semakan STR lulus.

 

The post Semakan Status STR 2023 login MySTR bantuantunai.hasil.gov.my appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar