Status STR Dalam Proses: Bantuan Rahmah Lulus atau Tidak?

Status STR Dalam Proses: Apa Maksudnya?

Bagi mereka yang sudah membuat permohonan dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah pada bulan Mac yang lalu, pastinya ingin tahu status keputusan permohonan atau kemas kini STR 2023.

Untuk makluman, permohonan STR telahpun ditutup pada 31 Mac yang lalu. Seterusnya pembayaran bagi fasa ketiga akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Namun begitu, adakah status permohonan anda diterima ataupun tidak? Ini kerana kebanyakan pemohon atau penerima sedia ada STR mendapat status “DALAM PROSES” dalam MySTR masing-masing.

Cara Semakan Status STR

Bagi mengetahui status terkini STR, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan samaada secara dalam talian (online) atau secara fizikal seperti berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 3
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Semakan Maklumat Bayaran STR Fasa 2
Maklumat semakan fasa 3 akan dikemaskini selepas ini

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Lupa kata laluan

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM. 

Status STR “DALAM PROSES”, Apa Maksudnya?

Kebanyakan pemohon baharu dan penerima sedia ada mendapat status dalam proses dalam status terkini STR masing-masing sebagaimana berikut;

STR - Status Permohonan Dalam Proses

Apa maksud Dalam Proses? Lulus atau tidak?

“DALAM PROSES” adalah merujuk kepada permohonan yang sedang melalui proses semakan status kelulusan STR 2023.

Sebelum ini, penerima bayaran STR fasa 2 adalah merujuk kepada penerima fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon & pasangan sehingga 28 februari 2023.

Manakala permohonan baharu / kemas kini STR yang bukan penerima fasa 1 & fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Oleh yang demikian, segala keputusan samaada permohonan diluluskan ataupun tidak diluluskan akan diketahui dalam semakan seterusnya yang boleh dibuat sebelum Hari Raya Aidiladha.

Syarat Kelayakan STR 2023

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut: 

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau 
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan 
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan 
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. 

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Tarikh Bayaran

Pembayaran STR dilaksanakan 4 kali setahun. Bayaran fasa 1 dan fasa 2 telah pun disalurkan pada Januari dan April lalu. Manakala fasa ke-3 akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Jadual pembayaran STR 2023

Jumlah dan Kadar Bayaran STR Fasa 3

Pembayaran STR fasa 3 adalah berbeza mengikut bilangan anak dan pendapatan bulanan isi rumah.

Untuk fasa 3, penerima akan menerima bayaran antara RM150 hingga RM800.

Berdasarkan jadual bayaran STR fasa 3 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, jumlah bayaran bagi fasa 3 adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM250

Bagi warga emas, pula bayaran yang akan diterima adalah RM200. Manakala bagi golongan bujang akan menerima RM150.

Lihat jadual bayaran fasa 3 di bawah untuk lebih terperinci.

Jadual STR Fasa 3 (Kementerian Kewangan)

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.

Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.   

Soalan Lazim (FAQ)

Apa maksud “DALAM PROSES” dalam status STR?

“DALAM PROSES” adalah merujuk kepada permohonan yang sedang melalui proses semakan status kelulusan STR 2023.

Apakah link semakan STR secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Bayaran STR fasa 3?

Sebelum Hari Raya Aidiladha

The post Status STR Dalam Proses: Bantuan Rahmah Lulus atau Tidak? appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar