Tarikh Bayaran STR Fasa 3: Bila Duit Masuk?

Walaupun Perdana Menteri mengumumkan pembayaran STR fasa 3 diawalkan sebelum Hari Raya Aidiladha, namun beliau tidak menyebut tarikh bayaran secara tepatnya.

Ini sekaligus menimbulkan perdebatan dan persoalan dalam kalangan penerima tentang bilakah sebenarnya tarikh bayaran STR fasa 3.

Mengikut jadual bayaran Kementerian Kewangan, sepatutnya bayaran fasa 3 STR adalah pada bulan Julai 2023. Namun Perdana Menteri mengambil inisiatif mengawalkan bayaran sebelum Hari Raya Aidiladha sebagai persiapan rakyat untuk sambutan Hari Raya Haji.

Bila Sebenarnya Tarikh Bayaran STR Fasa 3?

Terdapat pelbagai maklumat di media sosial mengenai tarikh bayaran fasa 3 STR ini.

Ada yang cakap 15 Jun, ada yang cakap mulai 19 Jun. Ada juga yang sebut mulai 26 Jun 2023?

Jadi yang mana satu betul?

Kesemua tarikh yang disebutkan di atas adalah khabar angin yang tiada sumber sahih.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),  pembayaran STR Fasa 3 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Tiada tarikh tepat yang dimaklumkan setakat ini.

Para penerima diminta merujuk laman portal rasmi MySTR untuk maklumat lanjut.

Tarikh STR Fasa 3 LHDNM

Oleh yang demikian, lebih baik tunggu pengumuman rasmi daripada Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri untuk tarikh bayaran yang lebih tepat.

Kebiasaannya, pengumuman rasmi dibuat di Facebook berikut;

Semakan Status Terkini STR 2023

Buat masa ini, anda boleh buat semakan status STR melalui 5 kaedah berikut:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 3
  • Klik maklumat pembayaran

Jika anda buat semakan, status terkini permohonan adalah masih “DALAM PROSES”.

Status STR “DALAM PROSES”: Apa Maksudnya?

Kebanyakan pemohon baharu dan penerima sedia ada mendapat status dalam proses dalam status terkini STR masing-masing sebagaimana berikut;

STR - Status Permohonan Dalam Proses

Apa maksud Dalam Proses? Lulus atau tidak?

“DALAM PROSES” adalah merujuk kepada permohonan yang sedang melalui proses semakan status kelulusan STR 2023.

Sebelum ini, penerima bayaran STR fasa 2 adalah merujuk kepada penerima fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon & pasangan sehingga 28 Februari 2023.

Manakala permohonan baharu / kemas kini STR yang bukan penerima fasa 1 & fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Oleh yang demikian, segala keputusan samaada permohonan diluluskan ataupun tidak diluluskan akan diketahui dalam semakan seterusnya yang boleh dibuat sebelum Hari Raya Aidiladha.

Syarat Kelayakan STR 2023

Adakah saya dapat STR Fasa 3?

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut: 

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau 
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan 
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan 
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. 

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Jumlah Bayaran Fasa 3

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan di laman portal Kementerian Kewangan, jumlah bayaran yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan bilangan anak.

Sekiranya tiada perubahan dalam jadual yang dikeluarkan, penerima akan menerima bayaran antara RM150 hingga RM800.

Jumlah bayaran bagi fasa 3 adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM250

Bagi warga emas, pula bayaran yang akan diterima adalah RM200. Manakala bagi golongan bujang akan menerima RM150.

Lihat jadual bayaran fasa 3 di bawah untuk lebih terperinci.

Jadual STR Fasa 3 (Kementerian Kewangan)

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.

Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.   

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 3?

Sebelum Hari Raya Aidiladha (Tarikh rasmi belum diumumkan)

Bagaimana cara semakan status STR secara online?

https://ift.tt/rB76uOQ

Apa maksud “DALAM PROSES” dalam status STR?

DALAM PROSES” adalah merujuk kepada permohonan yang sedang melalui proses semakan status kelulusan STR 2023.

Berapa jumlah bayaran STR Fasa 3?

RM150 hingga RM800 mengikut kategori penerima.

The post Tarikh Bayaran STR Fasa 3: Bila Duit Masuk? appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar