Diskaun ETS 50%: Promosi Perjalanan KTMB Sepanjang Julai

Sebagai tanda penghargaan kepada penumpang, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan Julai 2023.

KTMB dalam kenyataan media di Facebook memaklumkan, promosi itu terbuka khusus kepada warganegara Malaysia bertujuan memberi peluang penjimatan kepada orang awam serta merancakkan industri pelancongan dalam negara.

Promosi Diskaun ETS 50%

Tawaran istimewa ini boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis sepanjang bulan Julai ini.

Tarikh Perjalanan dan Promo Kod

Bagi promosi ini, pemberian diskaun melibatkan tarikh-tarikh tertentu dengan menggunakan kod promo seperti yang dinyatakan dan dikhususkan bagi kategori tiket dewasa sahaja. 

Para pengguna boleh membuat pilihan pembelian perjalanan sama ada sehala atau dua (2) hala untuk ke mana-mana destinasi laluan ETS.

TARIKH PROMO KOD
11 Julai TRAVELLOKALJULY11
12 Julai TRAVELLOKALJULY12
13 Julai TRAVELLOKALJULY13
18 Julai TRAVELLOKALJULY18
19 Julai TRAVELLOKALJULY19
20 Julai TRAVELLOKALJULY20
25 Julai TRAVELLOKALJULY25
26 Julai TRAVELLOKALJULY26
27 Julai TRAVELLOKALJULY27
𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐥 𝐉𝐮𝐥𝐲 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐤𝐚𝐮𝐧 𝟓𝟎%

Cara Pembelian

Pembelian boleh dibuat melalui 2 kaedah;

  1. Secara atas talian (Online)
  2. Semua medium pembelian tiket KTMB

Cara Pembelian Online

  • Langkah 1 – layari https://online.ktmb.com.my/ 
  • Langkah 2 – pilih lokasi bertolak dan destinasi anda (Contoh: KL Sentral ke Sungai Petani)
  • Langkah 3 – Pilih tarikh bertolak dan tarikh pulang (pilihan boleh dibuat untuk tiket pergi sahaja atau pergi balik)
  • Langkah 4 – Pilih bilangan penumpang
  • Langkah 5 – Klik pada butang “Search”

Bagi tujuan pembelian tiket online ini, anda perlu log masuk atau mendaftar sebagai pengguna baharu di laman portal tersebut.

Kemudian pilih train service sama ada Platinum atau Gold.

Contoh Jadual Perjalanan ETS

Pilih tempat duduk anda untuk destinasi dan kembali (sekiranya ada)

Seterusnya isi PASSENGER DETAILS (maklumat penumpang);

  1. Nama
  2. No K/P
  3. No Passport (Sekiranya bukan warganegara)
  4. Tarikh tamat tempoh passport (Sekiranya bukan warganegara)
  5. Nombor telefon
  6. Jantina
  7. Jenis tiket (Dewasa sahaja untuk promosi diskaun 50% ETS

Akhir sekali masukkan kod promo mengikut tarikh perjalanan untuk menikmati tambang istimewa ini. (contohnya jika bertolak pada 11 Julai masukkan TRAVELLOKALJULY11) dan tekan APPLY.

Masukkan kod promosi

Kemudian KLIK PROCEED TO PAYMENT.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana jenis pembayaran  berikut;

  1. KTM Wallet
  2. Credit / international card
  3. Debit card / ATM
  4. Touch ‘n Go eWallet
  5. Boost

Terma dan Syarat Promosi

Berikut adalah terma dan syarat promosi Diskaun 50% ETS yang ditawarkan;

  • 1.1 Diskaun ini boleh digunakan dengan menggunakan kod promo yang
    diberikan mengikut tarikh perjalanan.
  • 1.2 Penumpang boleh membuat perjalanan sehala atau dua hala pada
  • tarikh 11-13 Julai, 18-20 Julai dan 25-27 Julai 2023.
  • 1.3 Penumpang boleh membuat perjalanan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis
    sahaja dalam tempoh 3 minggu pada bulan Julai 2023.
  • 1.4 Tawaran diskaun ini diberikan hanya bagi kategori DEWASA SAHAJA dan
    diskaun 50% daripada jumlah tambang penuh tiket.
  • 1.5 Tawaran diskaun ini layak bagi semua kelas perkhidmatan ET$
    kecuali kelas perniagaan.
  • 1.6 Tawaran diskaun ini boleh digunakan di semua medium pembelian tiket KTMB.
  • 1.7 Tawaran diskaun ini TIDAK LAYAK bagi tren-tren perkhidmatan KTM Intercity,
    Shuttle Tebrau, KTM Komuter Tengah & KTM Komuter Utara.
  • 1.8 Diskaun ini TIDAK LAYAK bagi SEMUA TIKET KONSESI
    (warga emas, kad pelajar,OKU, Pesara dan lain-lain).
  • 1.9 Diskaun ini tertakluk kepada peruntukan yang telah disediakan.
    Jika peruntukan kod promo habis sebelum tempoh tamat kempen
    maka tiada penambahan kod promo akan diprogramkan.
  • 1.10 Pembatalan tiket bagi pembelian menggunakan kod promo khas ini
    adalah mengikut prosedur pemulangan tambang yang sedia ada.
terma dan syarat Diskaun ETS 50%

Jadual Waktu Perjalanan ETS

Berikut adalah jadual waktu perjalanan ETS yang dikeluarkan oleh pihak KTMB.

Jadual Tren ETS 0001
Jadual Tren ETS 0002.jpg

Jenis Perkhidmatan ETS

Terdapat 3 jenis perkhidmatan ETS iaitu

ETS Platinium

Kereta Api Kelas Platinum adalah yang terpantas daripada semua Perkhidmatan ETS kerana ia berhenti di stesen utama sahaja di sepanjang laluan dan begitu juga dengan cara terpantas untuk pergi dari A ke B dengan kereta api jarak jauh.

KTMB juga cenderung untuk beroperasi pada waktu paling popular dalam sehari untuk melakukan perjalanan.

Perkhidmatan Platinum ETS mempunyai nombor kereta api bermula dengan EP.

ETS Gold

ETS Gold sedikit perlahan hanya kerana mereka berhenti di lebih banyak stesen di sepanjang laluan.

Perkhidmatan Gold ETS mempunyai nombor kereta api bermula dengan EG

ETS Silver

ETS Silver menawarkan perkhidmatan hampir semua henti antara KL Sentral dan Ipoh, dengan tambang terendah antara 3 kelas perkhidmatan ETS.

Kereta api berhenti di beberapa stesen antara KL Sentral dan Tanjung Malim dan di semua stesen antara Tanjung Malim dan Ipoh.

Sumber: KTMB

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah promosi diskaun 50% ETS yang ditawarkan?

Tawaran istimewa ini boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis sepanjang bulan Julai ini.

Bilakah tarikh perjalanan untuk promosi ini?

11 Julai
12 Julai
13 Julai
18 Julai
19 Julai
20 Julai
25 Julai
26 Julai
27 Julai

Bagaimanakah cara pembelian?

1) Secara atas talian (Online) https://online.ktmb.com.my/
2) Semua medium pembelian tiket KTMB

Apakah diskaun ini ditawarkan untuk kanak-kanak?

Tidak, tawaran ini hanya untuk pembelian tiket dewasa sahaja.

The post Diskaun ETS 50%: Promosi Perjalanan KTMB Sepanjang Julai  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar