Senarai Bantuan & Inisiatif Kerajaan Bagi Bulan Julai 2023

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Julai 2023 ini.

Beberapa bantuan yang boleh dimohon pada bulan Julai 2023 ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat pada tahun baru 2023.

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan Julai 2023. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Buat pemohon yang tidak lulus permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, kerajaan membuka peluang bagi permohonan rayuan STR 2023.

Ia sebagai langkah memastikan program STR  ini disasarkan kepada mereka yang layak dengan  mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Tempoh Rayuan

Tempoh permohonan rayuan STR 2023

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 03 Julai 2023 – 31 Julai 2023 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Cara dan Kaedah Rayuan

Kaedah Permohonan Rayuan STR adalah seperti berikut:

1) Permohonan Secara Dalam Talian

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

2) Permohonan Melalui Borang Manual

  • Penghantaran Borang Rayuan STR berserta dokumen berkaitan di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang terdekat.

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan STR secara dalam talian kerana kaedah tersebut adalah lebih mudah, cepat dan selamat.

Cara Rayuan Melalui Online MySTR

Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat melalui langkah berikut;

Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk Soalan Lazim mengenai Rayuan STR yang dikeluarkan oleh LHDNM;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MYSTR_RAYUAN_STR_2023.pdf

Tuntutan SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) Sumbangan Tunai Rahmah

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR Bermula 17 Julai 2023

SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku kematian kepada penerima STR bagi tahun 2023.

Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. 

Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak

Tuntutan RM1,000 boleh dibuat mulai 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023 sekiranya pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. 

Tuntutan Skim Khairat Kematian STR boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah: 

  1. Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon / Pasangan; dan 
  2. Kad Pengenalan asal Wakil; dan 
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal / salinan).

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk Soalan Lazim mengenai SKK  yang dikeluarkan oleh LHDNM;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MAKLUMAT_WARIS_DAN_SKIM_KHAIRAT_KEMATIAN_(SKK).pdf

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Julai 2023

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Julai akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi bulan Julai, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Julai 2023.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Julai, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Julai.

Semakan Bayaran Bantuan Penerima JKM Melalui Portal eMaklum

Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan Julai 2023, ikuti langkah-langkah berikut;

  1. Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan no kad pengenalan
  3. Masuk no akaun bank 
  4. Klik carian berdasarkan no. akaun bank
  5. Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/7/2023 sehingga 31/7/2023
  6. Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan sebagaimana di bawah;
Invoice Bayaran JKM Bulan 7 2023

Program Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi & Bas

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyPSV Tahun 2023. 

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV). 

Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Melalui program ini,  peserta akan ditawarkan dan dibiayai untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV):

  • E-Hailing/ Teksi; atau
  • Bas (BTM > 7,500 kg)

Permohonan bantuan ini dibuka bermula 3 Julai 2023 sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Syarat Program MyPSV

Cara Memohon / Pendaftaran

Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form berikut;

>>Borang Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023<<

  • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Lesen Memandu Malaysia
    • Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
  • Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel mypsv@jpj.gov.my untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan
  • Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
  • Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
  • Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal

Sebarang  pertanyaan  berhubung pelaksanaan Program  MyPSV boleh  dikemukakan ke:

Bantuan RM200 eWallet Untuk Belia & Pelajar Bagi Mereka yang Masih Belum Tuntut

Kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar IPT sepenuh masa yang belum membuat tuntutan eBelia Rahmah pada bulan Julai ini, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan menyediakan RM200 melalui Program eBeliaRahmah yang merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023

Syarat Kelayakan eBeliaRahmah

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang mencapai umur 18-20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 – 2005)

ATAU

  1. Pelajar sepenuh masa warganegara Malaysia di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Anda boleh rujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut;

https://bantuanrakyat.my/ebelia-rahmah/

Diskaun 50 peratus untuk ETS sepanjang Julai ini 

Sebagai tanda penghargaan kepada penumpang, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan Julai 2023.

KTMB dalam kenyataan media di Facebook memaklumkan, promosi itu terbuka khusus kepada warganegara Malaysia bertujuan memberi peluang penjimatan kepada orang awam serta merancakkan industri pelancongan dalam negara.

Tawaran istimewa ini boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis sepanjang bulan Julai ini.

Bagi promosi ini, pemberian diskaun melibatkan tarikh-tarikh tertentu dengan menggunakan kod promo seperti yang dinyatakan dan dikhususkan bagi kategori tiket dewasa sahaja. 

Para pengguna boleh membuat pilihan pembelian perjalanan sama ada sehala atau dua (2) hala untuk ke mana-mana destinasi laluan ETS.

𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐥 𝐉𝐮𝐥𝐲 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐤𝐚𝐮𝐧 𝟓𝟎%

Pembelian boleh dibuat melalui 2 kaedah;

  1. Secara atas talian (Online) https://online.ktmb.com.my/
  2. Semua medium pembelian tiket KTMB

Anda boleh rujuk artikel berikut untuk panduan pembelian Step by Step;

https://bantuanrakyat.my/diskaun-ets-50-peratus/

RM150 Insentif Subsidi Carseat Kanak-Kanak MyCRS 2023

Tahukah anda, kerajaan menyediakan subsidi RM150 bagi program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS).

Program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) merupakan program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40.   

Ianya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Insentif MyCRS 2023

Berikut adalah syarat kelayakan bagi subsidi insentif MyCRS 2023;

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia

Cara  Memohon Insentif MyCRS 2023

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023

Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS www.mycrs.gov.my.

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023

Anda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk artikel di bawah ini;

https://bantuanrakyat.my/insentif-subsidi-mycrs-2023/

Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) Sesi 2 Bagi Tahun 2023

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) SESI 2 BAGI TAHUN 2023

Sukacitanya bahagian Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) sesi 2 bagi tahun 2023.

Rakyat negeri Kedah yang berkelayakan boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Setiap pemohonan hendaklah dibuat Secara dalam talian melalui pautan; https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

Tarikh Permohonan : (Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2023 – November 2023)  1 Julai 2023 – 31 Oktober 2023

Info lanjut mengenai syarat permohonan rujuk Facebook Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah

https://www.facebook.com/sppnkedah

The post Senarai Bantuan & Inisiatif Kerajaan Bagi Bulan Julai 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar